Wednesday, August 6, 2014

Hari yang penuh makna: Belajar melihat erti kehidupan


Pagi yang hening


pagi-pagi buta pergi psr tani beli lauk ngn mak. 

cari lauk-lauk tp kosong-kosong-kosong.
peniaga tgh beraya dkt laut lagi kot
pusing-pusing.cari baju sluar sehelai.balik. 
Sebelum balik berbenti d pjbt pos.nak hantr post kad raya.
beli setem .masuk perghh penuh bapakkau buat pe mse ni ramai2.balik umah.
post d tgh2 bndr  lah.tp xkterbuat pun sbb smpai direct to kb mall so xk smpt nk prgi pjbt pos.
tghari brtolak dlm kul 12.15 brtolak jaln jem ckit smpai d kbmall brother drop me at the back of kbmall
..reunion mmp batch spm10,
,lame xk jumpa geng2 nih rindu.
ape niat ak mula2 dtg utk saling mngeratkn lg ukhwwh antra stu sma lain ..bertemu mato.sambil2 makn d seoul garden..amazing,awesome food,soooo many ..masyaAllah ape kjadah bnyk mkn sgt nih..ptutlh ngn hrga rm 30++ hnggit..mkn slagi bleh mkn..ambik mcm2 jenis lauk pauk..
Alhamdulillah ..xkterfikir pun mknnye mcm tuh ..
ingtkn kta order n mknn pun smpai..hehe ..mknn korea lah..
syukur Alhamdulillah..mkn hbis puas hati bdn ..
brgmbr gedik bagai..brciumpipi bersurai dlm kul 3 dn balik ..
aku xk balik2 lg..pusing-pusing kedai dalam kb mall..beli tisu kotak d pacific.itu je.sebab mama suruh beli dn beli penutup mata tidur d cityjaya jmpa jgk akhirnya ..brg skian lama mencari..rm6.90 ..
mcm2 hal trjdi..
spupu hensem dr machang dtg kbmall  cri notebook utk diri sndirii dan mungkin dikongsi bersama adik-adiknya..
keluarganya bukan orang yang mewah.tinggal di rumah atok aku.melayan kelibat 'org' dalam rumah tuh..
bla fikir2 balik dgn mata hati..anak ni anak yatim ..
dlm fikirn ak..xk kira spe2 klu dia ank yatim..ak akn hormt betul2 bg spnuh prtolongn kpdnya..krna anak ini sgt tabah hatinya lagipula seorg abg yg sgt kasih kpd adik2 perempuannya..
yg sntiasa berkongsi ape 2 sje yg dbelinya dgn brsma ..
tu sikap yg sgt mulia..
hakikat sbuah khidpn brmula dgn hati yg ikhls mmbri.
memberi bermula dr seorg ayah/ ibu kpd anak.seorg anak kpd ibubapa.seorg suami kpd isteri.
memberi dengan kasih sayang.
memberi dengan jiwa nurani


salam Aidilfitri.salam Syawal 1435H

Sunday, May 11, 2014

Harapan menanti harap

Harapan dengan harapan.

Jangan pernah mengharap,
pandangan dari seseorang tetapi,
berharaplah  Allah,
yang memandang seseorang sentiasa,
kerana pendangan manusia itu,
selalunya menipu dan tertipu,
bermain dengan emosi,
bermain dengan pandangan zahir semata.


Apa yang diharapkan dari seorang manusia,
hanyalah seukir senyuman di bibir,
memandang dengan penuh kasih sayang,
sebagai saudara seislam,
sekalipun lelaki atau wanita,
pandanglah dengan hati nurani.

Jauhi hati dari berprasangka buruk

ego,
sombong,
bangga diri,
lemparkan sejauh-sejauhnya
perasaan itu,
sejauh langit dan bumi.

Andai tidak bisa untuk dijauhi
Ingat
manusia tidak mempunyai apa-apa
melainkan sekeping kudrat yang diberi Allah.
Emosi dengan perasaan sendiri
seperti memakan diri sendiri

Susahkah untuk memahami
antara sesama manusia
Susahkah untuk saling berkasih sayang
Hanya kerana yang satu
pada Allah semata

manusia oh manusia

Pandanglah hai manusia
pandang tepat di matanya
bukan kerana cinta yang lahir tidak ketahuan
bukan kerana nafsu semata
bukan jua kerana zahirnya yang berbeza
Tetapi pandang tepat dihatinya
semata meraih rahmat Allah
yang sangat terbentang luas.

Seandainya pandangan itu pada zahirnya semata
oh manusia, kamu rugi segalanya.
pandanglah kebaikan yang pernah dibuatnya sebelum ini,
jangan dipandang keburukan yang diperbuat.
jangan dipandang keaiban seseorang.
kerana boleh jadi keaiban diri sendiri
lagi banyak dan buruk.

Warkah dari hati (Nurfadhila binti Muhammad Khazani, 11 May 2014 bersamaan 11 rejab 1435H)









Wednesday, May 7, 2014

Aku menulis Bukan kerana Nama :)

RAMLI SARIP


* myfavourite song

Bukan Kerana Nama Lyrics

Jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia  merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini

dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah dirimu

Sunday, February 16, 2014

AKU,KAU DAN MAKANAN


Assalamualaikum dan selawat & salam keatas junjungan Nabi Muhammad sallahuallaihiwasallam..

Entry untuk kali ini adalah mengenai makanan. Makanan merupakan rezeki dari Allah. 
Bercakap soal makanan ada orang :
               a)  rasa lapar mungkin dia tidak makan lagi,
                b) tiada duit untuk beli makanan,
                 c) tiada langsung makanan untuk dimakan ,
                  d) di dalam situasi yang terdesak(darurat)-makanan yang pada asal haram dibolehkan makan
                    e) fikir mesti makan makanan yang baik agar diri  dari segi luaran dan dalamannya terjaga rapi
                      f)  dan pelbagai lagi kemungkinan.

ok,
sebab apa kena sebut pasal makanan ini,
sebabnya manusia nih makin lama makin pelik dan makin bermacam-macam ciptaan termasuk kian kini hebatnya teknologi sains ,perkembangan pemprosesan bahan kimia dan fizikal yang semakin hari semakin
Ini dunia aku,
Mengapa harus aku mengeluarkan entry mengenai makanan nih?selama pemerhatian aku hidup ini dan semenjak aku mengambil jurusan sains dan teknologi makanan di UiTM Shah Alam,aku semakin berfikir dan terus berfikir ,kita ini tidak akan pernah terlepas dari makanan sehari dalam hidup kita,
Bagi pendapat aku sendiri,makanan yang semulajadi Allah ciptakan khas untuk manusia yang berada diatas bumi ini adalah yang paling sihat,selamat,dan berkhasiat bermaksud yang segar-segar petik dari pokok atau ambil dari sarang di mana dia berada.Tidak perlu untuk kita mengambil supplement atau apa-apa makanan yang campuran nya macam-macam termasuk didalamnya bahan kimia yang merbahaya mungkin kesan berlaku pada masa yang panjang. Ada satu jenis makanan itu ,makan makanan itu menjadikan perut kita tidak lapar dalam beberapa jam dan bermacam-macam lagi ideanya,aku tidak menafikan ada benar kandungan didalamnya baik-baik dan sihat.Tetapi kenapa kita harus menolak suatu makanan yang Allah ciptakan dengan fizikalnya begitu tanpa diubah apa-apa bentuk fizikal atau tindak balas kimia.

Memang tidak boleh dinafikan, aku sendiri tidak pernah lekang dengan bahan makanan yang sebigini yang berupa "fast food" kerana lumrah sifat manusia sentiasa terburu-buru , ingin melihat hasil dalam masa yang singkat tanpa berfikir panjang untuk kesejahteraan di esok hari. Tetapi harus diingat perlu berpada-pada *pesanan untuk diri sendiri jugak , makan jangan tergopoh-gopok kerana itu sifat syaitan. Cuba untuk kita cari suatu ikhtiar di mana, nak makan boleh tapi-tapi cari yang diyakini HALAL JAKIM, kurang makan makanan yang banyak MSG, berminyak yang melampau, tempat yang bersih terutama apabila memilih restoran, yang pasti apabila melihat suatu makanan itu, fikirkan adakah makanan ini dapat memberikan aku kekuatan untuk melakukan ibadah kepada Allah tidak semestinya dalam soal solat , tetapi ia merangkumi  dalam soal dimana kita di dalam kelas,jangan makan sesuatu makanan itu jika kita sudah tahu makanan itu membuatkan kita mengantuk ,menjadi lesu dan sebagainya Nasihat untuk yang bergelar pelajar mahasiswa, jadikan doa

antara fadhilat mengamalkan  doa ni adalah :

 "Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita."

sumber dari : http://www.islamituindah.my/doa-pendinding-penggerak-sangat-wajar-diamalkan-di-zaman-ini






LAMUNAN SEKETIKA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Masih terlalu awal untuk aku menulis kalam ini,namun bagi melapangkan fikiranku dari kekusutan perkara dunia langsung aku mencoretkan di dalam blog ini. Hari demi Hari sentiasa memikirkan hal itu ini namun hanya berdiam diri tidak mampu untuk mmenyelesaikan perkara tersebut. Aku menamakan coretan kali ini "lamunan seketika " adalah kerana setiap perkara yang difikirkan itu akan sentiasa berubah mengikut keadaan persekitaran,masa dan sebagainya.

Ini cerita aku.

Monday, January 28, 2013

Rindu itu adalah ^_^

Assalamualaikum..salam rindu ku pd blog nih..
 
 fuhhh..fuhhh..dah berhabuk dah,..urmm..dah bersawang dah ..bginilah apabila waktu keboringan baru nak menjengah ..nampak kan disituh..

   Alhamdulillah..memang lama dah tidak update blog nih..buat-buat busy sebenarnya..
coretan kali ini adalah mngenai  " RINDU". 

mood saya pada ketika ini dan Insyallah berkekalan  adalah mood  'rindu'.
Rindu ini boleh dedifinisikan dengan banyak makna . 
Jadi rindu yang saya nak utarakan disini adalah.. 
 rinduku pada manusia dan alam disekililingku. Bukan nak bersajak ke apa nih.. aha hanya coretan..memang kita tidak boleh nak nafikan memang ade dalam hati kita ini perasaan rindu ,perasaan cinta,perasaan sayang pada seseorang atau sesuatu benda..tipulah kalu cikit pun xkde perasaan itu..itu orang yang takde perasaan namanya..

Dan kta harus ingat pada satu pekara iaitu :: SIAPA YANG MENJADIKAN PERASAAN RINDU,KASIH SAYANG ITU? :: ingatlah bahawa ALLAH lah yang menitipkan dalam hati  kita perasaan itu. Jadi segala milikNya lah perasaan rindu itu,malah pemilik segala yang ada pada diri kita ini.
maka ingatlah pada hadis ini ,

“ Dari Anas r.a. dari Nabi saw. Bersabda: “ Barang siapa ada tiga perkara padanya, ia telah mendapatkan manisnya iman, yaitu hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya dari apa yang selain keduanya, hendaklah ia mencintai dan membenci seseorang semata karena Allah, dan hendaklah ia benci untuk kembali kepada kekafiran, sebagaimana ia benci jika akan dicampakkan ke dalam neraka”. (H.R. Bukhari Muslim)

tak usah tanya pada orang lain ,tanya pada diri kita dulu
tepuk dada tanya iman
sejauh mana 


mari sama2 menghayati bait2 rangkap nasyid hijjaz :-

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan.

maka kita yang berhati nurani ini dipilih Allah untuk mempunyai perasaan ini..
ok..
ermmm..
 bla nak masuk topik nih  ^_^'
ok..ok..hahaha ..*monolog dalaman*,"ape yang nak disampaikan sebenarnya nih.dia nih rindu pada sape eh"
 
Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia..



memang sebenarnya saya rindu pada seseorang ..ehemmm.. seseorang?? aah..seseorang kenapa?tak boleh ke?.. seorang yang macam mna? boy or girl..erkkk...ermmm macam mne nak terangkan ye..
***apabila hati berbicara***

    saya xkder citer yang best2 nak diceritakan tapi ade brmcm kisah..*bkn ke cter ngn kisah tuh sama*...owhh aah.. xk 'episode' lah nak senang..ehhh dia nih banyak songeh lah..hhahaha..
**maaf yang inih lain cerita ye**

ingin  daku perkatakan disini ..daku amat rindukan sahabat-sahabat itu..kerana sahabat itu yang sentiasa berada disisi kta apabila kita diluar pantauan ibubapa kita..
bknkah bgitu..
ye..
 kita memang bnyk bersama sahabat-sahabat...sahabat yang bagaimana kta rasa paling erat dan rasa begitu (izzah) dn gah bila bersama mereka?..iaitu
          sahabat yang sentiasa bersama dikala susah senang dalam bergerak kerja dakwah,berpgrm bersama2..bersama - sama mengikuti sunnahnya ,berada dalam halaqah ilmu...menuntut ilmu Allah yang Maha Luas..Allah ...tidak terucap di bibirku sahabat2 ini..aku amat rindu pada mereka...Ini kerana kasih sayang persahabatan kta jalin ini adalah kerana Allah...Allah menyatukan hati kita untuk tetap istiqamah dalam menegakkan agama yang satu-satunya diredhai -Nya..iaitu ISLAM..walau apupun terjadi antara kita,walaupun maut yang memisahkan yang pasti Allah meminjamkan untuk kita sahabat2 ini. untuk kita memperbaiki diri antara satu sama lain,dn menasihati kearah kebaikan..dan yang penting Janji Allah itu pasti Allah tidak menyia-nyiakan amalan baik seseorang itu dan pasti membalasnya dengan balasan jannatul firdaus..Insyallah  =)

walaupun ramai kawan di sekeliling kta tapi sngat berbeza skali jika kta berkenalan hanya sebentar tetapi berdakwah bersama-sama(pendakwah) berbanding berkenalan cukup lama dan semata2 gelaran kawan...namun itu bukan suatu penghalang untuk kita berkenal-kenalan dengan semua orang .Malah itu merupakan suatu cabaran untuk kita memahami mereka dengan lebih dekat dan menyampaikan perkara kebaikan untuk mereka..

oh sahabatku,tidak kiralah ape status kamu,jawatan dan pangkat kamu,kedudukan kamu disisi manusia kelak,jangan sesekali kamu  lupa dsaat kita bergelak tawa bersama-sama,mengharungi onak dan duri di lembah2 yang ckup merbahaya..halangan sentiasa datang didpn,blkg kiri dan kanan.. *cehwahh ..hiperbola pun boleh* dan ingatlah kita hidup atas muka bumi ini yang milik tunggal Allah Rabbul Jalil..jadikan Islam tertegak diatas muka bumi ini..*pesanan utk diri ku sendiri*

memang kta merasakan ..aku nih masih muda remaja..jadi remaja nih 'kita patut enjoy!!!yahoooo..'lg 'remaja hanya sekali dalam seumur hidup..jd..'..dan..dan ..kita jangan lupa mati boleh bila-bila masa,tidak kira tempat,saat waktu berdetik..bila sampai masanya jadilah mesin mengesan degupan jantung (ECG)-electrocardiogram)*entahlah betul ke xk*...mnjadi berhenti buat selama-lamanya..

ermmmm ..memang begitu hakikat Allah jadikan remaja nih bgini ..pada usia yang muda inginkan keseronokan ,hiburan yang menggedik jiwa dn bermacam2 perasaan hati...oleh sebab ,pengaruh dajjal dah semakin berleluasa sekarang nih ,maka mohon perlindungan dari fitnah dajjal tersebut..

dan beruntunglah bagi mereka yang mnjaga hatinya,dirinya,maruhnya dan seluruh pancainderanya untuk perkara-perkara yang Allah redha..subhanallah..

Oleh itu..sahabat-sahabatku teruskanlah perjuangan ini..jangan mudah berputus asa,dan la tahzan ,kerana daku sentiasa ade disisimu..walaupun jauh dimata tapi dekat dihati..

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujuraat: 13) 

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan


**************sangat merinduimu sahabat-sahabatku ukhuwwah fillah abdan  abada **************


                                                             saranghaeo <3

















Wednesday, August 1, 2012

Akal ,Hati dan Nafsu



Bismillahirrahmanirrahim...


                Alhamdulillah ,kta masih dberi nafas dn nyawa utk hidup beribadah kepada Allah .Insyallah. alhamdulillah juga kita masih dberi peluang utk bertemu pd bulan diberkati Allah,iaitu bulan Ramadhan.Ya Allah,semoga Engkau pertemukan kami dgn malam yang sungguh hebat drpd seribu bln .Seandainya nafas terakhir kami pada bulan ini, matikan kami dalam keadaan beriman dn dihidupkan kembali juga dalam keadaan iman.amiin.


              Dikesempatan di bln Ramadhan ini,kta digalakkan utk berebut special offer yg diberikan Allah kpd hamba-hambanya yang beribadah dgn tekun tanpa mengharapkan pujian dr manusia dan berpuasa dengan penuh keikhlasan spenuhnya kerana Allah s.w.t. .

            Sebagaimana di dlm hadis nabi:
Daripada Abu Hurairah r.n.h telah bersabda nabi Muhammad s.a.w. "apabila tiba bulan Ramdhan ,dibuka pintu rahmat yakni pintu2 syurga , ditutup pintu neraka (serapat-rapatnya) dan diikat dan dibelenggu syaitan2 yang durjana."

      Post kali ini ingin aku bicarakan mengenai akal ,hati dan nafsu. Seringkali kita dgr diucapkan d bibir manusia,banyak kali diselitkan dn dbicarakan melalui ustaz2 dn penceramah ,apakah kaitannya penting antara 3 perkara itu? Sebagai menggambarkan kepada perkara ini lihat pd analogi ini. Masing2 mempunyai peranan,bahkan stiap organisme dlm tubuh bdn kta mmpunyai function tertentu.Subhanallah.


      Apakah itu akal,hati dan nafsu?Bagaimanakah utk kita mengawalnya?di dalam tinta ini,Tinta Iman secara tuntasnya menghurai 3 perkara itu. Secara lumrahnya kita ingin tubuh badan kita,akal kita sihat sejahtera kerana dgn sihat nya akal dn seluruh pancaindera kita,Malahan kta sentiasa memberi makan kepada jasmani kta dgn benda2 yg sihat,bgitu juga rohani dan spiritual kta. Apabila kurangnya kawalan kta kpd kesihatan jasmani sudah pasti akan ditimpa penyakit,begitu juga dgn rohani (spiritual ) dan emosi kta,apabila tdk diberi suapan kebaikan pasti ianya akan sakit.Penyakit   itu akn menjadi lbh parah malah memusnahkan seluruh kehidupan kta..kta dpt lakukan ibdah kta dgn tekun kpd Allah

               Secara Ringkasnya ingin aku kongsikan,Tanda-Tanda hati kita hidup .,mungkin kta tdk sedarinya,kta rasakan hati kta hidup sbgai cth mmpu utk mendirikan solat,berpuasa kta pd siang hari,solat sunat yg khusus dlakukan pd bln Ramadhan iaitu solat terawih..tp tenung dn lihat balik hati dn jiwa kta ..apekah hadirnya Allah dlm solat kita,khusyukkah kta dlm solat,adakah betul2 terkawal diri kita dr nafsu yg keji, atau adakh terjaganya pancaindera2 kta dr sesuatu yg keji...reflect balik!!nasihatku pd diriku sendiri yg xk terlepas dr membuat kesalahan..Muhasabah diri .Muraqabatullah dn Berjihad melawan hawa nafsu merupakan cara utk kta mmperbaiki diri kta. Insyallah..

            Di dlm karangan Fathi Yakin dlm bukunya Bahtera Penyelamat dlm kehidupan pendakwah disebutkan antara Tanda HATI yg benar2 hidup ialah seperti berikut:

  1. Seluruh juzu' bhgian bdn dn jiwa kta  bergetar dan teralun oleh zikir-zikir yg menusuki jiwa kita,serta bacaan2 Al-quran dn stiap ibadah yg dilakukan,bersesuaian dgn Firman Allah ,
8:2
          Surah Al-Anfal:2

Sahih International
The believers are only those who, when Allah is mentioned, their hearts become fearful, and when His verses are recited to them, it increases them in faith; and upon their Lord they rely -
Malay
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah

2.      Teguhnya seseorang itu berpegang kepada agama Allah iaitu agama Islam. Pegangnya dengan penuh keimanan dn seluruh isinya diamalkan.

3.  Takutnya seseorang itu terhadap Allah dan kemurkaanNya.Lahir dari dalam dirinya sifat Takwa iaitu mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.Selaras dengan firman Allah:(Surah Al-A'raf:201)

7:201



Sahih International
Indeed, those who fear Allah - when an impulse touches them from Satan, they remember [Him] and at once they have insight.
Malay
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

            Tabiat semulajadi hati (roh) dan akal memang kedua-duanya baik dan mematuhi perintah. Tetapi sekiranya hati dan akal itu menjadi jahat, ianya adalah dorongan nafsu yang jahat, yang ianya telah menguasai hati (roh) dan akal. Dalam kerajaan diri, hati adalah raja, akal sebagai penasihat manakala penjahat-penjahatnya adalah nafsu. Nafsu sentiasa hendak merosakkan hati sebagai raja dan berusaha mempengaruhi akal sebagai penasihat; agar kemahuan-kernahuannya yang jahat itu dipatuhi oleh rakyat-rakyat dalam kerajaan diri iaitu anggota-anggota lahir seperti mata, telinga, tangan, kaki, hidung dan sebagainya. 


p/s: slalu lah kta menjaga akal ,hati terutamanya dn kawal nafsu dr perkara2 yg melalaikan kita dr mengingati Allah.