Sunday, February 16, 2014

AKU,KAU DAN MAKANAN


Assalamualaikum dan selawat & salam keatas junjungan Nabi Muhammad sallahuallaihiwasallam..

Entry untuk kali ini adalah mengenai makanan. Makanan merupakan rezeki dari Allah. 
Bercakap soal makanan ada orang :
               a)  rasa lapar mungkin dia tidak makan lagi,
                b) tiada duit untuk beli makanan,
                 c) tiada langsung makanan untuk dimakan ,
                  d) di dalam situasi yang terdesak(darurat)-makanan yang pada asal haram dibolehkan makan
                    e) fikir mesti makan makanan yang baik agar diri  dari segi luaran dan dalamannya terjaga rapi
                      f)  dan pelbagai lagi kemungkinan.

ok,
sebab apa kena sebut pasal makanan ini,
sebabnya manusia nih makin lama makin pelik dan makin bermacam-macam ciptaan termasuk kian kini hebatnya teknologi sains ,perkembangan pemprosesan bahan kimia dan fizikal yang semakin hari semakin
Ini dunia aku,
Mengapa harus aku mengeluarkan entry mengenai makanan nih?selama pemerhatian aku hidup ini dan semenjak aku mengambil jurusan sains dan teknologi makanan di UiTM Shah Alam,aku semakin berfikir dan terus berfikir ,kita ini tidak akan pernah terlepas dari makanan sehari dalam hidup kita,
Bagi pendapat aku sendiri,makanan yang semulajadi Allah ciptakan khas untuk manusia yang berada diatas bumi ini adalah yang paling sihat,selamat,dan berkhasiat bermaksud yang segar-segar petik dari pokok atau ambil dari sarang di mana dia berada.Tidak perlu untuk kita mengambil supplement atau apa-apa makanan yang campuran nya macam-macam termasuk didalamnya bahan kimia yang merbahaya mungkin kesan berlaku pada masa yang panjang. Ada satu jenis makanan itu ,makan makanan itu menjadikan perut kita tidak lapar dalam beberapa jam dan bermacam-macam lagi ideanya,aku tidak menafikan ada benar kandungan didalamnya baik-baik dan sihat.Tetapi kenapa kita harus menolak suatu makanan yang Allah ciptakan dengan fizikalnya begitu tanpa diubah apa-apa bentuk fizikal atau tindak balas kimia.

Memang tidak boleh dinafikan, aku sendiri tidak pernah lekang dengan bahan makanan yang sebigini yang berupa "fast food" kerana lumrah sifat manusia sentiasa terburu-buru , ingin melihat hasil dalam masa yang singkat tanpa berfikir panjang untuk kesejahteraan di esok hari. Tetapi harus diingat perlu berpada-pada *pesanan untuk diri sendiri jugak , makan jangan tergopoh-gopok kerana itu sifat syaitan. Cuba untuk kita cari suatu ikhtiar di mana, nak makan boleh tapi-tapi cari yang diyakini HALAL JAKIM, kurang makan makanan yang banyak MSG, berminyak yang melampau, tempat yang bersih terutama apabila memilih restoran, yang pasti apabila melihat suatu makanan itu, fikirkan adakah makanan ini dapat memberikan aku kekuatan untuk melakukan ibadah kepada Allah tidak semestinya dalam soal solat , tetapi ia merangkumi  dalam soal dimana kita di dalam kelas,jangan makan sesuatu makanan itu jika kita sudah tahu makanan itu membuatkan kita mengantuk ,menjadi lesu dan sebagainya Nasihat untuk yang bergelar pelajar mahasiswa, jadikan doa

antara fadhilat mengamalkan  doa ni adalah :

 "Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita."

sumber dari : http://www.islamituindah.my/doa-pendinding-penggerak-sangat-wajar-diamalkan-di-zaman-ini






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Jodoh Kta Jumpa Lagi..
Pen Merah Pen Biru,
Kalau Hodoh,adeTak Kena,ade Silap,ade Benci,sila Tegur..