Sunday, May 11, 2014

Harapan menanti harap

Harapan dengan harapan.

Jangan pernah mengharap,
pandangan dari seseorang tetapi,
berharaplah  Allah,
yang memandang seseorang sentiasa,
kerana pendangan manusia itu,
selalunya menipu dan tertipu,
bermain dengan emosi,
bermain dengan pandangan zahir semata.


Apa yang diharapkan dari seorang manusia,
hanyalah seukir senyuman di bibir,
memandang dengan penuh kasih sayang,
sebagai saudara seislam,
sekalipun lelaki atau wanita,
pandanglah dengan hati nurani.

Jauhi hati dari berprasangka buruk

ego,
sombong,
bangga diri,
lemparkan sejauh-sejauhnya
perasaan itu,
sejauh langit dan bumi.

Andai tidak bisa untuk dijauhi
Ingat
manusia tidak mempunyai apa-apa
melainkan sekeping kudrat yang diberi Allah.
Emosi dengan perasaan sendiri
seperti memakan diri sendiri

Susahkah untuk memahami
antara sesama manusia
Susahkah untuk saling berkasih sayang
Hanya kerana yang satu
pada Allah semata

manusia oh manusia

Pandanglah hai manusia
pandang tepat di matanya
bukan kerana cinta yang lahir tidak ketahuan
bukan kerana nafsu semata
bukan jua kerana zahirnya yang berbeza
Tetapi pandang tepat dihatinya
semata meraih rahmat Allah
yang sangat terbentang luas.

Seandainya pandangan itu pada zahirnya semata
oh manusia, kamu rugi segalanya.
pandanglah kebaikan yang pernah dibuatnya sebelum ini,
jangan dipandang keburukan yang diperbuat.
jangan dipandang keaiban seseorang.
kerana boleh jadi keaiban diri sendiri
lagi banyak dan buruk.

Warkah dari hati (Nurfadhila binti Muhammad Khazani, 11 May 2014 bersamaan 11 rejab 1435H)









No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Jodoh Kta Jumpa Lagi..
Pen Merah Pen Biru,
Kalau Hodoh,adeTak Kena,ade Silap,ade Benci,sila Tegur..