Wednesday, August 6, 2014

Hari yang penuh makna: Belajar melihat erti kehidupan


Pagi yang hening


pagi-pagi buta pergi psr tani beli lauk ngn mak. 

cari lauk-lauk tp kosong-kosong-kosong.
peniaga tgh beraya dkt laut lagi kot
pusing-pusing.cari baju sluar sehelai.balik. 
Sebelum balik berbenti d pjbt pos.nak hantr post kad raya.
beli setem .masuk perghh penuh bapakkau buat pe mse ni ramai2.balik umah.
post d tgh2 bndr  lah.tp xkterbuat pun sbb smpai direct to kb mall so xk smpt nk prgi pjbt pos.
tghari brtolak dlm kul 12.15 brtolak jaln jem ckit smpai d kbmall brother drop me at the back of kbmall
..reunion mmp batch spm10,
,lame xk jumpa geng2 nih rindu.
ape niat ak mula2 dtg utk saling mngeratkn lg ukhwwh antra stu sma lain ..bertemu mato.sambil2 makn d seoul garden..amazing,awesome food,soooo many ..masyaAllah ape kjadah bnyk mkn sgt nih..ptutlh ngn hrga rm 30++ hnggit..mkn slagi bleh mkn..ambik mcm2 jenis lauk pauk..
Alhamdulillah ..xkterfikir pun mknnye mcm tuh ..
ingtkn kta order n mknn pun smpai..hehe ..mknn korea lah..
syukur Alhamdulillah..mkn hbis puas hati bdn ..
brgmbr gedik bagai..brciumpipi bersurai dlm kul 3 dn balik ..
aku xk balik2 lg..pusing-pusing kedai dalam kb mall..beli tisu kotak d pacific.itu je.sebab mama suruh beli dn beli penutup mata tidur d cityjaya jmpa jgk akhirnya ..brg skian lama mencari..rm6.90 ..
mcm2 hal trjdi..
spupu hensem dr machang dtg kbmall  cri notebook utk diri sndirii dan mungkin dikongsi bersama adik-adiknya..
keluarganya bukan orang yang mewah.tinggal di rumah atok aku.melayan kelibat 'org' dalam rumah tuh..
bla fikir2 balik dgn mata hati..anak ni anak yatim ..
dlm fikirn ak..xk kira spe2 klu dia ank yatim..ak akn hormt betul2 bg spnuh prtolongn kpdnya..krna anak ini sgt tabah hatinya lagipula seorg abg yg sgt kasih kpd adik2 perempuannya..
yg sntiasa berkongsi ape 2 sje yg dbelinya dgn brsma ..
tu sikap yg sgt mulia..
hakikat sbuah khidpn brmula dgn hati yg ikhls mmbri.
memberi bermula dr seorg ayah/ ibu kpd anak.seorg anak kpd ibubapa.seorg suami kpd isteri.
memberi dengan kasih sayang.
memberi dengan jiwa nurani


salam Aidilfitri.salam Syawal 1435H

Sunday, May 11, 2014

Harapan menanti harap

Harapan dengan harapan.

Jangan pernah mengharap,
pandangan dari seseorang tetapi,
berharaplah  Allah,
yang memandang seseorang sentiasa,
kerana pendangan manusia itu,
selalunya menipu dan tertipu,
bermain dengan emosi,
bermain dengan pandangan zahir semata.


Apa yang diharapkan dari seorang manusia,
hanyalah seukir senyuman di bibir,
memandang dengan penuh kasih sayang,
sebagai saudara seislam,
sekalipun lelaki atau wanita,
pandanglah dengan hati nurani.

Jauhi hati dari berprasangka buruk

ego,
sombong,
bangga diri,
lemparkan sejauh-sejauhnya
perasaan itu,
sejauh langit dan bumi.

Andai tidak bisa untuk dijauhi
Ingat
manusia tidak mempunyai apa-apa
melainkan sekeping kudrat yang diberi Allah.
Emosi dengan perasaan sendiri
seperti memakan diri sendiri

Susahkah untuk memahami
antara sesama manusia
Susahkah untuk saling berkasih sayang
Hanya kerana yang satu
pada Allah semata

manusia oh manusia

Pandanglah hai manusia
pandang tepat di matanya
bukan kerana cinta yang lahir tidak ketahuan
bukan kerana nafsu semata
bukan jua kerana zahirnya yang berbeza
Tetapi pandang tepat dihatinya
semata meraih rahmat Allah
yang sangat terbentang luas.

Seandainya pandangan itu pada zahirnya semata
oh manusia, kamu rugi segalanya.
pandanglah kebaikan yang pernah dibuatnya sebelum ini,
jangan dipandang keburukan yang diperbuat.
jangan dipandang keaiban seseorang.
kerana boleh jadi keaiban diri sendiri
lagi banyak dan buruk.

Warkah dari hati (Nurfadhila binti Muhammad Khazani, 11 May 2014 bersamaan 11 rejab 1435H)









Wednesday, May 7, 2014

Aku menulis Bukan kerana Nama :)

RAMLI SARIP


* myfavourite song

Bukan Kerana Nama Lyrics

Jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia  merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini

dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah dirimu

Sunday, February 16, 2014

AKU,KAU DAN MAKANAN


Assalamualaikum dan selawat & salam keatas junjungan Nabi Muhammad sallahuallaihiwasallam..

Entry untuk kali ini adalah mengenai makanan. Makanan merupakan rezeki dari Allah. 
Bercakap soal makanan ada orang :
               a)  rasa lapar mungkin dia tidak makan lagi,
                b) tiada duit untuk beli makanan,
                 c) tiada langsung makanan untuk dimakan ,
                  d) di dalam situasi yang terdesak(darurat)-makanan yang pada asal haram dibolehkan makan
                    e) fikir mesti makan makanan yang baik agar diri  dari segi luaran dan dalamannya terjaga rapi
                      f)  dan pelbagai lagi kemungkinan.

ok,
sebab apa kena sebut pasal makanan ini,
sebabnya manusia nih makin lama makin pelik dan makin bermacam-macam ciptaan termasuk kian kini hebatnya teknologi sains ,perkembangan pemprosesan bahan kimia dan fizikal yang semakin hari semakin
Ini dunia aku,
Mengapa harus aku mengeluarkan entry mengenai makanan nih?selama pemerhatian aku hidup ini dan semenjak aku mengambil jurusan sains dan teknologi makanan di UiTM Shah Alam,aku semakin berfikir dan terus berfikir ,kita ini tidak akan pernah terlepas dari makanan sehari dalam hidup kita,
Bagi pendapat aku sendiri,makanan yang semulajadi Allah ciptakan khas untuk manusia yang berada diatas bumi ini adalah yang paling sihat,selamat,dan berkhasiat bermaksud yang segar-segar petik dari pokok atau ambil dari sarang di mana dia berada.Tidak perlu untuk kita mengambil supplement atau apa-apa makanan yang campuran nya macam-macam termasuk didalamnya bahan kimia yang merbahaya mungkin kesan berlaku pada masa yang panjang. Ada satu jenis makanan itu ,makan makanan itu menjadikan perut kita tidak lapar dalam beberapa jam dan bermacam-macam lagi ideanya,aku tidak menafikan ada benar kandungan didalamnya baik-baik dan sihat.Tetapi kenapa kita harus menolak suatu makanan yang Allah ciptakan dengan fizikalnya begitu tanpa diubah apa-apa bentuk fizikal atau tindak balas kimia.

Memang tidak boleh dinafikan, aku sendiri tidak pernah lekang dengan bahan makanan yang sebigini yang berupa "fast food" kerana lumrah sifat manusia sentiasa terburu-buru , ingin melihat hasil dalam masa yang singkat tanpa berfikir panjang untuk kesejahteraan di esok hari. Tetapi harus diingat perlu berpada-pada *pesanan untuk diri sendiri jugak , makan jangan tergopoh-gopok kerana itu sifat syaitan. Cuba untuk kita cari suatu ikhtiar di mana, nak makan boleh tapi-tapi cari yang diyakini HALAL JAKIM, kurang makan makanan yang banyak MSG, berminyak yang melampau, tempat yang bersih terutama apabila memilih restoran, yang pasti apabila melihat suatu makanan itu, fikirkan adakah makanan ini dapat memberikan aku kekuatan untuk melakukan ibadah kepada Allah tidak semestinya dalam soal solat , tetapi ia merangkumi  dalam soal dimana kita di dalam kelas,jangan makan sesuatu makanan itu jika kita sudah tahu makanan itu membuatkan kita mengantuk ,menjadi lesu dan sebagainya Nasihat untuk yang bergelar pelajar mahasiswa, jadikan doa

antara fadhilat mengamalkan  doa ni adalah :

 "Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita."

sumber dari : http://www.islamituindah.my/doa-pendinding-penggerak-sangat-wajar-diamalkan-di-zaman-ini






LAMUNAN SEKETIKA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Masih terlalu awal untuk aku menulis kalam ini,namun bagi melapangkan fikiranku dari kekusutan perkara dunia langsung aku mencoretkan di dalam blog ini. Hari demi Hari sentiasa memikirkan hal itu ini namun hanya berdiam diri tidak mampu untuk mmenyelesaikan perkara tersebut. Aku menamakan coretan kali ini "lamunan seketika " adalah kerana setiap perkara yang difikirkan itu akan sentiasa berubah mengikut keadaan persekitaran,masa dan sebagainya.

Ini cerita aku.