Thursday, May 31, 2012

kUAT KAN AKU

                Perjuangan ini masih belum selesai..!!!aku harus teruskan ..Ya Allah jgnlah Engkau lekakan aku dgn khidupan duniawi yg tiada abadinya..aku tahu aku ni seorang hambamu yg bnyk melakukan dosa..aku perlukan kekuatan utk menghadapinya..Ya Allah aku memerlukan kekuatan utk membimbingku kearah jln diredhaiMu..aku perlukan teman2 yg berada disamping aku membimbing ak ,nasihati ak,menegur aku,bergurau berada di sampingku swktu suka dukaku..aku akui aku bnyk kesalahan..kurangnye bicara aku,kurangnya ukhuwah aku.mungkin itu kekurangan aku.bimbinglah aku sahabatku.sahabatku aku merindui saat kta mlakukan kerja2 bersama2,bergurau,bermain..


              Satu sahaja yg sedang bermain dalam fikiran aku..sahabatku..aku merinduimu,menyayangi mu.slama dlm perkenalan kta ade shbtku itu yg sngguh jauh dr lndsan syariat.aku ingin mnyatakan satu aku sntiasa berdoa agar engkau kmbali pd jln yg dkehendaki islam..engkau tahu bhwa islam itu indah,engkau mnyatakan islam itu mnjaga khormatan peradban seseorg ,engkau akui dakwah itu suatu cara yg bgus utk pngabdian diri kpd Allah..nmun xkde klihatan sikap yg engkau nyatakan itu..aku amat bharap engkau pun faham pe erti sbnar dakwah ..jgn engkau pisahkan khidupan seorg pelajar dngn konsep sbenar dakwah..dakwah dn belajar itu harus seiring bknnya bljr dulu brulah nk brdkwah..ini bkn berkisar hal politik,tp inilah yg islam kehendaki utk pengganutnya...kta harus perthnkn Islam bknnya memperlekehknnya..kta hrus ikut ape yg ulama' bicarakan bkn membntahnya..kerana ulama'lah pewaris para nabi..aku pesan pada diriku juga,ingatlah pjuangan nabi utk mpertahankan maruah dn akidah yg satu dgn peperngn demi pperangan,titisan darah yg mngalir di tubuh Baginda Nabi Muhammad s.a.w demi mempertahankan  iaitu kalimah LAILAHAILLALLAH..kalimah tauhid ini yg akan menyelamat kta di akhir zaman nnti..dgn fitnah dajjal yg berada disekeliling kta skarang ini.. ape yg akan menjadi penunjuk jln yg benar kpd kta ..percayalah Al-Quran dn Hadis  yg akn mmbimbing kta kearah jln yg benar ke suatu saat yg khidupan yg kekal selama-lamanya.

           Aku adalah insan yg kerdil utk berbicara seperti ini..aku hanyalah seorang hamba kepada Pencipta diriku dn seluruh alam ini..apekah ak ini tmasuk hamba yg sombong..bnyk skali ak melakukn pnderhakaan kpdMu .lupa aku pd tanggungjawab aku yg sbnar..pengabdian diriku hanya kepadaMu..Ya Allah,sungguh menyesal diri ini,Ya Allah ampunilah dosa-dosaku  yg lalu..teguhkan hati ak jgnlah engkau pesongkannya stelah Engkau memberi petunjuk kepadaku..Ya Allah..Ya Allah..dmana harus ak hadapkan wajahku ktika berhadapan dgnMu di pengadilanMu nnti..mahkamah yg mengadili dgn sebesar2 zarah perbuatan hambamu diatas dunia ini.malah janjiMu yg amat benar kpd hambaMu yg melakukan amal soleh..iaitu syurga tmpt kediaman yg xk akan pernah musnah,malah akn berkekalan sampai bila2.Ya Allah suatu saat nnti Engkau psti akn btnya pe yg telah ak lakukan atas tmpt psinggahan di dunia ini..ape yg tlah ak sumbangkan utk agamamu utk mendaulatkannya..Ya Allah..Engkau Maha Mengetahui ape yg tlh hambamu lakukan..aku mohon Engkau kuatkan ,gagahkan aku,tabahkan aku utk menghadapi sgala ujian dn cabaranMu..Ya Allah berilah aku semangat ,kekuatan dlm  melakukan kerja dakwah..dn aku amat berterima kasih kpd Engkau Ya Allah..krn Engkau tlh masukkan aku dlm jemaah yg same2 bjuang utk mempertahankan akidah yg satu.Alhamdulillah..dn Ya Allah ,aku mohon Engkau berikan kami istiqamah , ketenangan ,dn dpermudahkan dlm segala gerak kerja kami.Tautkan hati kami dgn cinta kami,ukhuwah kami hanya kepadaMu.aku serahkan segala urusan aku hanya kepadaMu.

"HASBUNALLAH WANI'MAL WAKEEL"

           Bisik hati ku...

Bicara hati ku..Ya Allah bnyk sdh ak melakukn dosa pd Engkau ,Ya Allah.
Terlalu bnyk dugaan  yg sdg  mnghempap ak..nmun ak kuatkn jgk  ,harus sabar,sabar dn sabar..
Adaklnya ak  tlepas  dr tnggungjwb ak sbgi seorg hambaMu..
ak trlalu lalai dgn khidupn dunia yg  xk akn kekal...
Jgnlah Engkau   palingkan  ak dr  rahmat -Mu ..
ak ni manusia yg cukup kerdil xk dpt dbandingkn dgn lautan rahmat-Mu..
stitik kasih  sayang Engkau padaku cukup bmakna  pd ak selama-lamanya
 shingga cabutnya roh ak dr jasad ni

Engkau lbh tahu ape yg terbaik utkku dunia akhirt
kerna Engkaulah,Ya Allah yg mnciptakn ak..mnjadikan ak  hidup ats dunia yg engkau jadikan suatu  tempat..
dan dsitu Engkau mnguji  siapa antara hambaMu yg terbaik amalannya..
disaat manusia mngejar kemewahan,kemahsyuran,kemodenan..dn   bisikan itu  mngajak ak turut sama..
tdetik dlm hati ak ape guna nya kemewahn ..apekh itu yg bleh menerangi kubur ak nnti..
dn ak yakin Engkaulah,Ya Allah yg mencampakkan perasaan itu padaku 
kerana Engkau masih cintakan dn sayangnya pada hambaMu yang hina ini..


Saturday, May 12, 2012

Adakah anda tahu??

sekadar pengkosian..


Adakah anda tau?
Adakah anda tau?! Aku pun baru tau..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..




2. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

3. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

4. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

5. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

6. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

7. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.

8. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

9. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

10. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

11. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

12. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

13. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kitasendiri.
"Berfikir adalah pekerjaan yang paling berat,kerana itulah sedikit
sekali  orang yang mahu menggunakan otaknya"-Henry Ford- Pengasas  Ford Motor

Siri Pengetahuan Agama ..Tahukah Anda??



Kenapa Dinamakan Air Zam-Zam

Setelah air memancut keluar daripada bumi,hasil daripada hentakan tapak kaki Nabi Allah Ismail A.S yangmasih bayi itu, lalu ibunya, Siti Hajar cepat-cepat membatas air tersebut sambilmenyebut perkataan "Zam-Zam" supaya air tidak mengalirkeluar. Jadi makna (Zam-Zam) ialah "batas-batas".

Binatang Berpuasa Pada Hari Asyura'? 

As Syafie dan An Nasyiri  mengatakan bahawa sebahagian binatang  juga berpuasa pada hari Asyura'.  Ada seorang   yang bernama Fatah bin   Syukruf. Dia sangat suka memberi makan   kepada semut  setiap hari dengan roti yang dipotong kecil-kecil.   Tetapi  apabila tiba waktu hari Asyura' ia mendapati   bahawa semut-semut itu tidak mahu  makan roti tersebut. 
Pengajaran 
Kalau semut boleh berpuasa pada hari tersebut,  malulah kita kalau tidak berpuasa. 

Buraq

lebih selesa daripada Mercedes Benz 600 SL. Buraq merupakan sejenis binatang yang saiznya
panjang dan berwarna putih, lebih kecil daripada Keldai, selangkah kakinya sejauh mata memandang.Kelajuan dan kepantasan perjalanannya seperti kilat.Apabila menaiki bukit, kaki belakangnya menjadi panjang dan kaki depannya menjadi pendek dan apabila menuruni curam, kaki depannya menjadi panjang dan kaki belakangnya menjadi pendek. Dua telinganya sentiasa bergerak-gerak dan ia mempunyai dua sayap. Keadaan ini memberi keselesaan kepada penunggangnya tidak bergegar dan tidak bergoyang serta tidak terumbang ambing, sekalipun perjalanannya amat jauh ia sentiasa berada dalam keadaan nyaman.
Pengajaran
Siapa nak lebih selesa jual kereta Mercedes beli Buraq, lagipun boleh jimat minyak dan tak payah bayar Road Tax. Dekat mana nak dapatkan Buraq? Senang saja, baca kisah Isra' dan Mi'raj jumpalah dia.


 Sudut(Sirah + Tafsir)

a)Penghulu orang mati syahid,
Saidina Hamzah bin Abd. Muttalib

b)Pembunuh Hamzah ialah Wahshi
yang diupah oleh Hindun

c)Satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan
"Bismillah.." ialah surah At Taubah

d)Surah yang memberi isyarat "Kewafatan Atau
Ucapan Selamat Tinggal Allah Terhadap Nabinya"
ialah surah Al Nasr

e)Surah yang di ambil sempena nama sejenis
logam ialah surah Al Hadid

f)Perempuan yang pertama syahidah
dalam Islam ialah Sumaiyyah
isteri Yasir

g)Sahabat yang diberi penghormatan menerima
pedang Rasulullah di dalam peperangan
Uhud ialah ........?????



sekian..informasi wibawa..kalau ade tmbahan tntang informasi silakan utk perkongsian..syukran..:)

Tuesday, May 8, 2012

AkrAbMu SAHABAT



RENUNGILAH DIRI...

Teman yg amat ku cintai, 

 Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan Islam
 bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan
 yang tidak berkesudahan.

 Seorang ulama' telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu.
 Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi 
maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi 
jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang. 

Kita juga pernah mendengar kisah bagaimana seorang 'abid di zaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya yang inginkan keseronokan maka dia akan berguling di atas padang pasir yang panas sambil mengatakan kepada dirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahan daripada azab neraka yang lebih panas daripada itu. Seorang yang lain pula menangis sehingga hilang penglihatannya kerana menyesal dengan dosa yang dilakukan.
 Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimana seorang hamba yang bertaqwa tetapi pada suatu hari seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak nafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorang pelacur yang dilihatnya tetapi sebelum terlanjur ke arah kemunkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ juga kerana begitu ketakutan dengan apa yang cuba dilakukan.
Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman?
 Godaan dan cubaan berada di sekitar kita. 
Adakah kita telah cuba sedaya yang mungkin di dalam menghindarinya ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling? 
Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang melata.
 Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W  sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi :
"Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata".

Teman, 

 Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai teman?

. Adakah kita merasakan ia sudah banyak dan mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. 
Allah telah mengutuskan malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnya yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk merasai nikmat Syurga Allah. Lalu dia menyatakan bahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untuk beribadat bukannya mengharapkan balasan. Apabila malaikat memberitahu kepada Allah tentang jawapan yang telah diberikan maka Allah menyatakan bahawa Dia telah mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu.
 Rabi'ah 'Adawiyah salah seorang daripada waliullah telah menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan kerana takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapi dilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya. Sayyidina Ali mengatakan  sesiapa yang menganggap dia akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya. 
Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawa mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa daripada dosa-dosa yang lain.


Teman,

 Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.
Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka. Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi. Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik dengan kata-kata pedas : Wahai orang yang bongkak! Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?. Rasulullah beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa mengamalkan salam kepada para sahabat sehingga para sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa maka Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang memberi salam bukannya mereka. Bagaimana dengan kita wahai teman? Hayatilah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi : 
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan  kamu sebelum ia ditimbang oleh Allah kelak".



Teman, 

       Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan. Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan kelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat dicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadat kerana rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasa mengerjakan amalan yang baik dan soleh. 
Renunglah dirimu wahai teman!

Terima kasih kerana sudi membacanya!!sangat dihargai


*pesanan kpd diri ini jgak*