RENUNGILAH
DIRI...
Teman yg amat ku cintai,
Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan
Islam
bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan
keseronokan
yang tidak berkesudahan.
Seorang ulama' telah mengukirkan ungkapan
indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal
tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia
diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu.
Sesiapa yang mampu mengawal
nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi
maka dia lebih baik
daripada malaikat tetapi
jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih
hina daripada binatang.
Kita juga pernah mendengar kisah bagaimana seorang
'abid di zaman silam apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya yang inginkan
keseronokan maka dia akan berguling di atas padang pasir yang panas sambil
mengatakan kepada dirinya sendiri adakah tubuhnya akan dapat menahan daripada
azab neraka yang lebih panas daripada itu. Seorang yang lain pula menangis
sehingga hilang penglihatannya kerana menyesal dengan dosa yang dilakukan.
Tidak ketinggalan dicoretkan bagaimana seorang hamba yang bertaqwa tetapi pada
suatu hari seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak nafsunya dan
cuba melakukan zina dengan seorang pelacur yang dilihatnya tetapi sebelum
terlanjur ke arah kemunkaran dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan
menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ juga kerana begitu
ketakutan dengan apa yang cuba dilakukan.
Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman?
Godaan dan cubaan berada di sekitar kita.
Adakah kita telah cuba sedaya yang
mungkin di dalam menghindarinya ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan
sekeliling?
Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang melata.
Ingatlah
pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi
:
"Hamba yang baik ialah mereka yang beragama dan menyediakan bekalan amalan
selepas mati. Manakala orang sombong adalah mereka yang mengikut kehendak nafsu
dan mengharapkan belas kasihan Allah semata-mata".
Teman,
Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai teman?
. Adakah kita
merasakan ia sudah banyak dan mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah
mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat kepada Allah selama 70
tahun.
Allah telah mengutuskan malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa
ibadatnya yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk merasai nikmat
Syurga Allah. Lalu dia menyatakan bahawa dia beribadat kerana dia dijadikan
untuk beribadat bukannya mengharapkan balasan. Apabila malaikat memberitahu
kepada Allah tentang jawapan yang telah diberikan maka Allah menyatakan bahawa
Dia telah mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu.
Rabi'ah 'Adawiyah salah
seorang daripada waliullah telah menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan
kerana takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah tetapi dilakukan kerana
taat dan patuh pada perintahNya. Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang
menganggap dia akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia sebenarnya
berangan-angan tetapi sesiapa yang bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama
dengan usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.
Sayyidina Hassan juga
pernah mengingatkan bahawa mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa
daripada dosa-dosa yang lain.
Teman,
Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmu tanpa amal gila dan
amal tanpa ilmu sia-sia.
Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita
hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak
menjauhkan diri kita daripada azab neraka. Jika kita tidak beramal hari ini
maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu
pergi. Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya qiamat tidak
akan diterima malah kita akan diherdik dengan kata-kata pedas : Wahai orang
yang bongkak! Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?. Rasulullah
beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa mengamalkan salam kepada para
sahabat sehingga para sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa maka
Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang memberi salam bukannya
mereka. Bagaimana dengan kita wahai teman? Hayatilah hadis Rasulullah yang
diriwayatkan oleh imam Tarmizi :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung
dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang oleh Allah kelak".
Teman,
Renungilah kata-kata imam al-Ghazali
bahawa jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia
tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan
dengan amalan. Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan kelebihan dan
kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat dicapai selepas dia menunaikan
segala ketaatan dan ibadat kerana rahmat Allah hampir dengan orang yang
sentiasa mengerjakan amalan yang baik dan soleh.
Renunglah dirimu wahai teman!
*pesanan kpd diri ini jgak*
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Jodoh Kta Jumpa Lagi..
Pen Merah Pen Biru,
Kalau Hodoh,adeTak Kena,ade Silap,ade Benci,sila Tegur..