Saturday, May 12, 2012

Adakah anda tahu??

sekadar pengkosian..


Adakah anda tau?
Adakah anda tau?! Aku pun baru tau..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..




2. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

3. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

4. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

5. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

6. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

7. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.

8. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

9. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

10. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

11. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

12. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

13. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kitasendiri.
"Berfikir adalah pekerjaan yang paling berat,kerana itulah sedikit
sekali  orang yang mahu menggunakan otaknya"-Henry Ford- Pengasas  Ford Motor

Siri Pengetahuan Agama ..Tahukah Anda??



Kenapa Dinamakan Air Zam-Zam

Setelah air memancut keluar daripada bumi,hasil daripada hentakan tapak kaki Nabi Allah Ismail A.S yangmasih bayi itu, lalu ibunya, Siti Hajar cepat-cepat membatas air tersebut sambilmenyebut perkataan "Zam-Zam" supaya air tidak mengalirkeluar. Jadi makna (Zam-Zam) ialah "batas-batas".

Binatang Berpuasa Pada Hari Asyura'? 

As Syafie dan An Nasyiri  mengatakan bahawa sebahagian binatang  juga berpuasa pada hari Asyura'.  Ada seorang   yang bernama Fatah bin   Syukruf. Dia sangat suka memberi makan   kepada semut  setiap hari dengan roti yang dipotong kecil-kecil.   Tetapi  apabila tiba waktu hari Asyura' ia mendapati   bahawa semut-semut itu tidak mahu  makan roti tersebut. 
Pengajaran 
Kalau semut boleh berpuasa pada hari tersebut,  malulah kita kalau tidak berpuasa. 

Buraq

lebih selesa daripada Mercedes Benz 600 SL. Buraq merupakan sejenis binatang yang saiznya
panjang dan berwarna putih, lebih kecil daripada Keldai, selangkah kakinya sejauh mata memandang.Kelajuan dan kepantasan perjalanannya seperti kilat.Apabila menaiki bukit, kaki belakangnya menjadi panjang dan kaki depannya menjadi pendek dan apabila menuruni curam, kaki depannya menjadi panjang dan kaki belakangnya menjadi pendek. Dua telinganya sentiasa bergerak-gerak dan ia mempunyai dua sayap. Keadaan ini memberi keselesaan kepada penunggangnya tidak bergegar dan tidak bergoyang serta tidak terumbang ambing, sekalipun perjalanannya amat jauh ia sentiasa berada dalam keadaan nyaman.
Pengajaran
Siapa nak lebih selesa jual kereta Mercedes beli Buraq, lagipun boleh jimat minyak dan tak payah bayar Road Tax. Dekat mana nak dapatkan Buraq? Senang saja, baca kisah Isra' dan Mi'raj jumpalah dia.


 Sudut(Sirah + Tafsir)

a)Penghulu orang mati syahid,
Saidina Hamzah bin Abd. Muttalib

b)Pembunuh Hamzah ialah Wahshi
yang diupah oleh Hindun

c)Satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan
"Bismillah.." ialah surah At Taubah

d)Surah yang memberi isyarat "Kewafatan Atau
Ucapan Selamat Tinggal Allah Terhadap Nabinya"
ialah surah Al Nasr

e)Surah yang di ambil sempena nama sejenis
logam ialah surah Al Hadid

f)Perempuan yang pertama syahidah
dalam Islam ialah Sumaiyyah
isteri Yasir

g)Sahabat yang diberi penghormatan menerima
pedang Rasulullah di dalam peperangan
Uhud ialah ........?????



sekian..informasi wibawa..kalau ade tmbahan tntang informasi silakan utk perkongsian..syukran..:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Jodoh Kta Jumpa Lagi..
Pen Merah Pen Biru,
Kalau Hodoh,adeTak Kena,ade Silap,ade Benci,sila Tegur..